TAJUK :
MASJID AL-JAMIUL MAKMUR, KULIM
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU551
PENSYARAH CTU551
DISEDIAKAN OLEH:
YUSRHO BINTI SAHIDAN
NO MATRIK: 2010442788
KUMPULAN: BMB 2Bb
PROGRAM
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KEWANGAN) (KEPUJIAN)
BM 222
TARIKH HANTAR
3 MAC 2011
ABSTRAK
Masjid ialah tempat untuk umat islam menunaikan ibadah. Ibadah-ibadah yang dimaksudkan ialah seperti sembahyang fardhu, membaca al-quran, mendengar ceramah dan sebagainya. Sebagai umat islam, kita perlu mengimarahkan masjid contohnya, dengan cara menghadiri solat berjemaah di masjid. Selain itu, jawatan kuasa masjid perlu memastikan kebersihan masjid terjamin agar para jemaah dapat melakukan ibadah dengan selesa. Seterusnya, sesiapa yang melakukan solat berjemaah, Allah akan menggadakan pahalanya sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian. Oleh itu, masjid ialah salah satu tempat di mana umat islam boleh berjemaah sekali. Walau bagaimanapun, golongan remaja amat jarang mengahdiri ke masjid untuk menunaikan ibadah. Oleh yang demikian, pihak masjid harus mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu untuk menarik minat golongan remaja untuk pergi melakukan ibadah di masjid. Justeru, setiap kaki yang melangkah untuk ke masjid dengan niat melakukan ibadah kerana Allah, akan dikurniakan pahala baginya.
ISI KANDUNGAN
1) Pendahuluan
2) Isi-isi :- Latar belakang masjid
Jawatankuasa masjid sessi 2009-2012
Pegawai masjid
Aktiviti pengimarahan masjid
Pengurusan Masjid (surau-surau)
Prasarana
Perancangan strategik
Masalah dan penyelesaian
Harapan
Cadangan saya
Fenomena
3) Penutup
4) Rujukan
PENDAHULUAN
Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada semua yang menolong saya dalam kerja kursus ini.
Saya telah memilih tajuk Kegiatan Masjid di Kariah saya sebagai tajuk kerja kursus ini. Tujuan saya memilih tajuk ini adalah kerana tempat tinggal saya tidak jauh dengan masjid dan ini akan memudahkan kerja saya dalam menyiapkan tugasan ini. Lebih-lebih lagi, saya dapat mengenali masjid ini dengan lebih mendalam lagi, melalui latar belakang masjid. Dengan menjalankan kajian mengenai masjid ini juga, saya dapat mengenal pasti ahli-ahli jawatan kuasa masjid yang selama ini bertungkus lumus menjalankan aktiviti-aktiviti masjid. Aktiviti-aktivi yang dijalankan juga dapat mengeratkan hubungan sesama jemaah-jemaah yang hadir.
Selain itu, saya juga telah melihat prasarana-prasarana yang telah disediakan oleh pihak masjid untuk keselesaan para jemaah. Prasarana yang dimaksudkan termasuklah telekung, sejadah, bilik mesyuarat, wakaf dan banyak lagi. Dalam pengurusan masjid pula, terdapat 15 buah surau di bawah naungannya. Oleh yang demikian, masjid ini perlu mengadakan perancangan yang strategik supaya setiap yang dirancang akan berjalan dengan jayanya.
Dalam tugasan ini juga, saya juga ada menyelitkan sedikit masalah yang dihadapi oleh masjid dan cara penyelesaiannya. Masalah yang dihadapi oleh masjid ini tidaklah kritikal, ianya cuma masalah kecil yang biasa berlaku di kebanyakan masjid. Selain itu, saya juga menyatakan harapan masjid ini dan cadangan saya berkenaan masjid ini. Akhir sekali, saya akan menceritakan fenomena yang dihadapi oleh masjid di dalam kariah saya ini.
LATAR BELAKANG MASJID
masjid al jamiul makmur |
Masjid Al-Jamiul Makmur Kulim terletak di pekan Kulim. Masjid ini telah dirasmikan oleh Y.M.M Tunku Abdul Malek Ibn Al-Marhom Sultan Badlishah D.K.S.P.M.K.S.B Pemangku Sultan Kedah. Masjid ini telah dirasmikan pada 6 Jun 1971 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1391. Semasa masjid ini dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim, diangkat menjadi Agong. Oleh sebab itu, masjid ini telah dirasmikan oleh pemangku sultan dan bukannya sultan kedah.
JAWATANKUASA MASJID SESI 2009-2012
PENGERUSI
Ustaz Hj. Idrus bin Ismail
NAIB PENGERUSI
Encik Mohd Yahaya Mohd Daud
SETIAUSAHA
Tuan Haji Ahmad bin Abdullah
BENDAHARI
Tuan Haji Ahmad bin Man
AHLI JAWATANKUASA
Tuan Hj Abdul Mohsin Rejaludin b Hj Hassan
Tuan Hj Abdul Halim b Abdul Rahman
Tuan Hj Abu Bakar b Hj Yahaya
Puan Hjh Norah bt Abdullah
PENGERUSI JAWATANKUASA :
BIRO DAKWAH
Tuan Hj Abdul Mohsin Rejaludin b Hj Hassan
BIRO EKONOMI
Encik Mohd Yahaya Mohd Daud
BIRO PEMBANGUNAN
Tuan Hj Abdul Halim b Abdul Rahman
BIRO UKHUWAH DAN KEBAJIKAN
Tuan Hj Abu Bakar b Hj Yahaya
BIRO HAWA
Puan Hjh Norah bt Abdullah
PEGAWAI MASJID
Pegawai Bertauliah :
Imam :Ustaz Hj. Idrus bin Ismail
Bilal : Hj. Abdul Hamid bin Saad
Siak : Hj. Abu Bakar bin Hussain
Bilal : Hj. Abdul Hamid bin Saad
Siak : Hj. Abu Bakar bin Hussain
Pegawai Sukarela :
i. Khatib : Ustaz Ahmad Shahimi bin Senawi.
Ustaz Hj. Md. Ghazali bin Harun.
Ustaz Hj. Abdul Mohsin Rejaludin b Hj. Hassan.
Encik Ismail bin Salleh.
ii. Bilal : Encik Muslim bin Hj. Abdul Raof
Hj. Md. Kassim bin Hassan
Hj. Abu Bakar bin Hussain
AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID
Masjid ini mengadakan banyak aktiviti yang member manfaat kepada kariahnya. Aktiviti yang dimaksudkan contohnya seperti kuliah dan kursus haji. Kuliah-kuliah agama ataupun ceramah agama ialah aktiviti tetap di masjid ini. Masjid ini telah mengadakan jadual khas untuk kuliah-kuliah agama. Aktiviti berkala seperti Kursus Haji. Kursus haji akan diadakan setiap hari Sabtu. Bagi sesiapa yang bakal menunaikan haji, mereka dijemput untuk mendengar kursus haji ini.
Selain itu, masjid ini juga pernah menjemput Jabatan Kesihatan Kulim untuk menganjurkan kem kesihatan kepada orang ramai. Orang ramai boleh mendapatkan terapi mata oleh Permata Hijrah, rawatan resdung, info tentang kesihatan berkaitan merokok, pemeriksaan darah dan pelbagai lagi semasa kem kesihatan ini. Semasa kem kesihatan ini dianjurkan, terdapat juga pihak-pihak lain yang turut serta memeriahkan kem kesihatan ini seperti Rumah Amal Kulim. Mereka adalah dari sekolah anak-anak istimewa, dan mengadakan jualan bagi memperoleh dana untuk sekolah mereka.
Seperti masjid-masjid yang lain, masjid ini juga selalu mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan dan dalam masjid. Bukan itu sahaja, malahan pihak masjid juga akan membersihkan kawasan perkuburan. Ini penting kerana, persekitaran yang bersih membolehkan para jemaah melakukan ibadah dengan kusyuk. Kebersihan juga adalah sebahagian daripada iman. Oleh yang demikian, siak akan memastikan kawasan masjid sentiasa dalam keadan yang bersih dan teratur.
Seterusnya, aktiviti yang wajib dilaksanakan di setiap masjid ialah, sembahyang fardhu secara berjemaah. Ini adalah anggaran jemaah setiap kali sembahyang fardhu. Bagi wktu subuh, lebih kurang 60 orang ke atas, zohor 70 orang ke atas, asar 70 orang ke atas, maghrib 80 orang ke atas, dan akhir sekali isyak 60 orang ke atas. Selain dari sembahyang fardhu, masjid ini juga akan mengadakan sembahyang jumaat pada setiap hari jumaat. Sembahyang terawih juga diadakan pada bulan Ramadhan, seterusnya sembahyang sunat hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Pada 10 malam terakhir bulan ramadhan masjid ini menganjurkan solat-solat sunat tahajud.
Jadual Kuliah dan Poster Ceramah Agama
jadual kuliah |
poster kuliah |
PENGURUSAN MASJID
Terdapat 15 buah surau yang terdapat di kawasan Kulim merupakan adalah di bawah naungan masjid ini. Pertamanya, Surau Ittihadiah di Taman Bersatu. Kedua Surau An Najah di Taman Jati. Ketiga, Surau Al-Kausar di Taman Petaling. Keempat Suran Raudathussalam di Taman Keranji/Beringin. Kelima, Surau Taman Selasih di fasa 3. Keenam, Surau An-Nur di Taman Cendana. Ketujuh, Surau Mahmudiah di Kampung Dusun. Kelapan, Surau Darul Taqwa di Taman Merpati/Taman Nuri. Kesembilan, Madrasah Ihsaniyah di Simpang Tiga Keladi. Ke sepuluh, Madrasah Noorul Islam di Liga India Muslim. Ke sebelas, Surau Al-Muhajirin di Taman Tunku Putra Fasa 5. Kedua belas, Surau Al-Wathan di Kampung Padang Tembak. Ketiga belas, Surau Noorul Hidayah di Taman Sri Kulim. Keempat belas, Surau AlKahfi di Taman berlian. Akhir sekali, yang kelima belas, ialah surau An-Nur di Taman Delima.
Gambar-gambar surau
Surau Ittihadiah, Taman Bersatu |
Surau An-Najah, Taman Jati |
Surau Al-Kausar, Taman Sri Petaling |
Madrasah Noorul Islam, Liga India Muslim |
Surau Al-Muhajirin, Taman Tunku Putra Fasa 5 |
Surau Al-Wathan, Kampung Padang Tambak |
Surau Noorul Hidayah, Taman Sri Kulim |
Surau An-Nur, Taman Delima |
PRASARANA
Masjid ini menyediakan bnyak prasarana. Contohnya seperti telekong, bahan-bahan bacaan, sejadah, bilik mesyuarat, van jenazah dan banyak lagi. Bahan-bahan bacaan telah diletakkan di perpustaan mini masjid. Selain Al-Quran, masjid ini juga menyediakan bahan bacaan lain yang berunsurkan keagamaan Islam seperti buku Tajwid. Perpustakaan kecil Masjid Jamiul-Makmur adalah di bawah pengurusan Biro Ukwah dan Kebajikan. Semua bahan-bahan bacaan yang ada terdiri dari buku-buku dan kitab-kitab hasil wakaf dan dermaan orang perseorangan, anak kariah dan juga dari luar. Masjid ini juga menyediakan wakaf di luar masjid. Ini membolehkan orang untuk berehat di wakaf tersebut.
Antara prasarana masjid
Bilik Mesyuarat |
Telekong dan sejadah |
Van Jenazah |
Perpustakaan |
PERANCANGAN STRATEGIK
Bagi menambah baikkan masjid ini, pihak-pihak masjid mengadakan perancangan untuk menaik taraf masjid ini. Terdapat banyak idea dalam kalangan mereka yang bermesyuarat untuk menambah baikkan masjid ini. Antaranya ialah meletakkan penghawa dingin di dalam masjid. Selain itu, masjid ini juga akan dipasangkan layar dan projector LCD kekal. Seterusnya, dalam perancangan masa depan juga, masjid ini akan mewujudkan kemudahan Internet (Wireless), pembaikan bumbung, pengecatan semula, penggatian karpet, dan pembinaan gelanggang sukan dan riadah. Agenda kritikal masjid ini ialah, pembinaan rumah kedai, kemaskini daftar anak kariah, penyediaan lukisan terukur masjid. Pembinaan mimbar baru dan pembinaan khemah kekal.
HARAPAN
Pihak masjid mengharapkan bahawa akan lebih ramai lagi anak-anak kariah pergi ke masjid ini terutamanya bagi golongan remaja. Selain itu, pihak masjid berharap agar setiap yang dirancang akan berjalan dengan lancarnya. Contohnya seperti pembinaan rumah kedai, yang dijangka akan siap dibina beberapa bulan lagi. Oleh itu pihak masjid berharap agar rumah kedai itu akan siap dibina pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak masjid juga berharap agar wang yang dikumpulkan hasil sumbangan para jemaah, akan digunakan dengan cara yang berhemah supaya mengelakkan daripada berlakunya pembaziran. Seterusnya, harapan pihak masjid, agar tidak ada sebarang pembinaan dilakukan di atas kubur. Contohnya membina marmar bagi kubur-kubur. Pihak masjid tidak membenarkan sebarang binaan kerana, tanah kawasan pekuburan semakin tidak mencukupi.
MASALAH DAN PENYELESAIAN
Setiap masjid mesti behadapan dengan masalah. Begitu juga dengan masjid ini. Antara masalah masjid ini ialah kurangnya jemaah remaja yang mengahadiri solat berjemaah atau mengikuti ceramah agama di masjid. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah mengadakan aktiviti seperti kem kesihatan dan gotong-royong. Ini adalah untuk menjemput golongan remaja dating ke masjid dan meyertai aktiviti yang dianjurkan. Dengan ini, golongan remaja akan berasa hati mereka dekat dengan masjid, dan pihak masjid berharap agar golongan remaja ini akan terus dating ke masjid untuk melakukan ibadah.
Selain itu, masalah bising juga turut dipertengahkan. Kanak-kanak yang dating ke masjid dengan ibu bapa mereka, selalu membuat bising. Ini mengganggu para jemaah lain untuk menunaikan ibadah. Contohnya, semasa jemaah lain mengerjakan solat sunat terawih, kanak-kanak ini selalu berkejar-kejaran dan membuat bising. Cara penyelesaiannya, salah sorang daripada ahli jawatan kuasa masjid, akan selalu mengadakan rondaan di kawasan masjid semasa para jemaah lain mengerjakan solat. Beliau akan membawa rotan bersamanya, agar kanak-kanak tersebut berasa takut dan tidak akan membuat bising lagi.
Seterusnya, masalah kecurian. Para jemaah terutamanya wanita, pernah mengadu yang barangnya dicuri semasa dia mengerjakan solat. Ini merupakan kelalaian wanita tersebut dan oleh yang demikian, pihak masjid telah member peringatan kepada semua jemaah di masjid ini, dengan menampalkan peringatan tentang kecurian di dinding-dinding masjid. Masalah kebersihan juga turut menjadi isu masjid ini. Tanggungjawab membersihkan masjid, bukan sahaja terletak pada siak, tetapi pada semua orang muslim. Siak dilantik untuk memantau kebersihan masjid dan akan membersihkan kawasan masjid jika kotor. Orang ramai juga perlu ada kesedaran diri untuk menjaga kebersihan masjid
CADANGAN SAYA
Saya sebagai anak kariah masjid ingin mencadangkan supaya masjid ini menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran ataupun pertandingan bertarannum. Selain itu, saya berharap agar pihak masjid akan menjemput imam-imam muda dari rancangan Astro untuk menyampaikan ceramah, ataupun menjemput mana-mana ustaz dari rancangan reality tv untuk member ceramah. Ini membolehkan lebih ramai lagi para remaja untuk hadir ke masjid untuk mendengar ceramah. Seterusnya, saya ingin mencadangkan bahawa pihak masjid akan menganjurkan kem ibadah kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut ilmu di kelas kafa yang mana kelas ini juga merupakan di bawah naungan masjid ini.
FENOMENA
Saya dapati penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran masjid ini, mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Mereka juga saling tolong menolong. Contohnya, jika pihak masjid ingin mengadakan kenduri ataupun majlis berbuka puasa, penduduk-penduduk di kawasan itu akan saling bekerjasama menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Semasa Hari Raya Korban, pihak masjid bersama-sama dengan penduduk kampung, akan sama-sama mengagihkan daging-daging korban kepada fakir miskin. Masjid ini juga selalu memasang kaset bacaan Al-Quran sebelum masuknya waktu solat fardhu. Secara kesimpulannya, masjid ini akan terus menjadi tempat umat Islam menunaikan ibadah dan terus mengadakan aktiviti yang member manfaat kepada anak kariahnya.
PENUTUP
Secara kesimpulannya, masjid ini telah mengadakan banyak aktiviti yang dapat mengimarahkan lagi masjid. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam. Masjid ini juga sedang sedaya upaya membuat penambah baikan atau proses menaik taraf masjid. Ini adalah supaya umat Islam yang datang untuk menunaikan ibadah di masjid ini akan berasa lebih selesa. Masalah-masalah yang dihadapi oleh masjid juga telah ada jalan penyelesaiannya. Saya juga berharap agar segala harapan pihak masjid terhadap masjid ini akan terus menjadi kenyataan. Akhir sekali, marilah sama-sama kita member sumbangan besar terhadap masjid ini seperti menyumbangkan dana untuk meningkatkan taraf masjid ini.
RUJUKAN
Masjid Al-Jamiul Makmur
Encik Mohammad Yahaya Bin Mohamad Daud.
Encik Sahidan Bin Jairot
GAMBAR-GAMBAR MASJID DAN AKTIVITI MASJID
Di dalam masjid |
sembahyang berjemaah |
Pegawai-pegawai masjid |
Kem Kesihatan |
Kem kesihatan |
Kem Kesihatan |
Kubur |